fb fb fb fb fb

Tempoh reman 3 anggota PGA curi wang RM85,000 akan disambung

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Tempoh reman terhadap tiga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang didakwa mengambil wang RM85,000 milik seorang peniaga semasa operasi menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI), 21 Disember lalu akan disambung.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tempoh reman selama empat hari yang akan tamat hari ini akan disambung untuk membantu siasatan.

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam kes tersebut meskipun membabitkan anggota PDRM.

"Tindakan kita memang ambil, sama dengan insiden melibatkan tiga anggota PGA.

"Perkara ini tidak akan melemahkan atau melonggarkan operasi-operasi, kita akan lancarkan terhadap penempatan warga asing, kita akan teruskan lagi. Ini bukan alasan untuk kita menghentikan operasi melibatkan pendatang asing", katanya dalam sidang media khas kejayaan narkotik di Menara 1 Bukit Aman.

Selepas menerima aduan mengenai peniaga di tempat serbuan di Jalan Silang kawasan Kota Raya kehilangan wang dengan jumlah besar, PDRM segera menahan tiga anggota PGA terlibat pada hari yang sama.

ROSLINA BINTI DIN