fb fb fb fb fb

Tema Maal Hijrah, asas kejayaaan wawasan membangun Malaysia Madani

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

SEREMBAN, 19 Julai- Perpaduan Teras Malaysia Madani, tema bagi sambutan Maal Hirah tahun ini menjadi asas kepada kejayaan wawasan dalam membangun Malaysia Madani.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kesatuan insan bukan hanya berdasarkan kewarganegaraan, malah berasaskan persaudaraan seakidah dan persaudaraan kemanusiaan merupakan garis perpaduan bersumberkan nilai dan pandangan hidup tauhid.

Kepelbagaian kaum, bangsa dan agama di negara ini perlu dimanfaatkan peluangnya terutama dalam urusan pembangunan negeri.


(Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban)

"Semua rakyat harus bertanggungjawab mengekalkan perpaduan dan saling hormat menghormati tanpa mengira perbezaan bangsa agama fahaman politik untuk memastikan keharmonian umat dam agama kekal utuh. Ini semua boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstrimisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama", katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban.

Berkenan berangkat, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tuanku AmpuanĀ Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani turut berkenan berangkat bersama-sama anakanda Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Media Baharu