fb fb fb fb fb

Telegram 'MYMELAKA NEWS' medium hebahan untuk semua masyarakat

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 21 Mei- Melaka melancarkan aplikasi Telegram rasminya, MYMELAKA NEWS yang berfungsi sebagai medium hebahan aktiviti kerajaan negeri kepada semua lapisan masyarakat.

Manakala, MYMELAKA pula diwujudkan kepada kumpulan sasaran.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak 18 kumpulan sasar dikenal pasti. Antaranya pegawai seranta, belia, sekolah, ahli majlis, komuniti Madani dan lain-lain.

“Jadi semua penjawat awam telahpun mengakses dapat mengakses platform ini dan kita berharap orang ramai juga boleh menggunakan platform telegram @Melaka MYMelaka News ini supaya kita dapat nerinteraksi dan memberikan pandangan cadangan untuk penambahbaikkan sistem penyampaian kerajaan negeri", katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Mei 2024 di MiTC , Melaka.

Menerusi inisiatif tersebut, seluruh penjawat awam negeri itu boleh memberi pandangan serta idea bagi memperhebat sistem pentadbiran kerajaan negeri itu.

Tambahnya, cenderahati sebanyak RM500 hingga RM10,000 ditawarkan kepada seluruh penjawat awam negeri yang dapat memberi idea bernas dan kreatif menerusi saluran telegram tersebut.

ROSLINA BINTI DIN