fb fb fb fb fb

Telegram beri kerjasama kawal selia perkhidmatan - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Telegram memberi kerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha mempertingkatkan aspek keselamatan dalam talian kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkara itu termasuk usaha menangani aktiviti penipuan dan judi dalam talian mnerusi platform berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut akan dibangkitkan menerusi perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian meningkatakan kerjasama pada masa akan datang.

"Pihak Telegram ada membantu untuk menurunkan kandungan atau siaran yang terlibat dengan judi dalam talian. Tetapi salah satu masalah yang kita hadapi ialah bila satu ditutup akan ada yang dibuka lagi.

"Jadi kita berbincang cara-cara yang lebih mampan untuk lawan penipuan dan judi dalam talian. Ia termasuk menerusi aplikasi media sosial yang lain. Jadi ada beberapa perkara yang sedang dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan mata di Lembah Pantai, bersama-sama Kelab Rotary Pantai Valley dan pemberian cermin mata kepada pelajar sekolah rendah di ibu negara.

Selain itu program itu turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut dan pemeriksaan perubatan asas kepada orang ramai .

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI