fb fb fb fb fb

Teksi air Putrajaya beri kemudahan kepada pengunjung

Perkhidmatan teksi air Putrajaya

PUTRAJAYA, 21 Ogos- Perkhidmatan teksi air bakal digunakan sebagai mod pengangkutan bagi kemudahan kepada orang ramai untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Fahmi Fadzil berkata, perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma bermula pukul 5.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

"Kita akan menyediakan perkhidmatan percuma di lima lokasi, ketika ini Floria Putrajaya juga sedang berlangsung.

"...dan sempena Sambutan Hari Kebangsaan pengunjung yang datang untuk menyaksikan dan untuk hadir Perarakan Hari Kebangsaan boleh mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan Floria Putrajaya," katanya dalam satu sidang media di sini.

Antara lokasi dipilih bagi pengangkutan teksi air ialah Jeti Kelab Tasik Putrajaya, Jeti Ayer 8 dan Jeti anjung Floria.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI