fb fb fb fb fb

Penggunaan teknologi tidak terkawal antara sebab sakit mental

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Penggunaan teknologi digital yang tidak dikawal menjadi salah satu punca untuk kesihatan mental.

Kaunselor pelatih, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Amni Sahira Muhammad Azam berkata keperluan termasuk memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan serta langkah bagi menangani kesihatan mental.

Mental yang tidak sihat memberi kesan kepada produktiviti dan prestasi kerja.

Ia termasuk membawa impak negatif kepada kualiti hidup secara keseluruhan.

"Gen Z perlu ada persekitaran yang kondusif untuk menjaga kesihatan mental dengan lebih baik.

"Dalam bidang pekerjaan, majikan boleh menyediakan persekitaran yang kondusif kepada Gen Z ini sendirilah.

"Kondusif daripada segi apa adalah yang menyokong secara fizikal, psikologi dan juga fizikal.

"Jadi perkara ini seperti adakan program-program pembangunan kemahiran ataupun adakan program yang menyokong kesihatan mental.

"Perkara tersebut akan membantu Gen Z meningkatkan produktiviti," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini

Jelasnya, mempunyai tekanan pada tahap sewajarnya adalah baik dan disifatkan boleh menjadi faktor pendorong kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM