LIMBANG, 30 Julai - Pelbagai acara bakal dianjurkan dengan siapnya projek Tebingan Sungai Limbang Fasa 1 yang menempatkan pentas utama dan amfiteater.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata projek fasa 1 dijangka siap selewat-lewatnya penghujung bulan Ogos ini setelah dimaklumkan oleh pihak kontraktor.
"Fasa pertama juga mengalami kelewatan termasuk ada satu bahagiannya terpaksa diambil keluar dari fasa pertama sebab tanah susur dan itu akan kita buat selepas ini dengan siapnya projek ini nanti maka banyak program yang dapat kita jalankan di sini pada bulan September.
"Kita akan mengadakan satu program di bawah Jawatankuasa perayaan utama daerah Limbang iaitu Pesta Kebudayaan Masyarakat Cina yang dijangka diadakan pada pertengahan September dan kita berharap tiada masalah akan berlaku nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau perkembangan projek itu di Limbang.
Projek Tebingan Sungai Limbang melibatkan 3 fasa dengan peruntukan berjumlah lebih RM100 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2025.
Ia bakal menjadi tebingan sungai terpanjang di Sarawak sejauh 1.8 kilometer dan menjadi kawasan rekreasi yang dinantikan penduduk Limbang.
Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman meminta agensi berkaitan memantau perkembangan di sepanjang kawasan dan laluan projek.
Ini termasuk menyediakan papan tanda bagi jalan yang ditutup, memantau serta memperbaiki jalan yang rosak bagi mengelak insiden bahaya di kawasan tapak pembinaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
RM410 juta diluluskan, projek jalan luar bandar di Limbang
Projek jalan berkembar ke bandar Limbang dijangka siap penghujung bulan Mac 2022
Program Jelajah Ramadan LIMBANG fm, santuni mualaf
Mini Karnival Usahawan Desa di Limbang, capai jualan lebih RM400,000
Berek kediaman lama RTM Limbang terbakar
473 pengundi Limbang naik perahu tunaikan tanggungjawab mengundi
Pengundi Limbang naik perahu redah banjir satu jam demi satu 'pangkah'
Hujan lebat, Limbang dilanda banjir kilat