fb fb fb fb fb

Tebing sungai runtuh: Projek ikut prosedur ditetapkan - Exco

Izham Hashim (kotak) meninjau kawasan tapak pembinaan Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) di Puchong yang terjejas akibat runtuhan tebing sungai semalam

PUCHONG, 8 September- Kerja-kerja di tapak pembinaan Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) di sini dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan, jelas Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir. Izham Hashim.

Izham berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca runtuhan tebing sungai yang berlaku di kawasan projek berkenaan.

"Kita akan melakukan siasatan yang mungkin memakan masa hingga tiga bulan untuk menentukan punca sebenar. Berdasarkan pandangan awal, tiada pelanggaran syarat pembinaan dikesan, normal tanpa unsur kerja di luar kelulusan," jelas beliau.

Ir. Izham mengulas demikian selepas meninjau tapak projek berkenaan hari ini yang terjejas akibat runtuhan tebing sungai dalam kejadian petang semalam.

Semua kerja di tapak itu juga telah dihentikan sementara dan Air Selangor akan melantik konsultan untuk meneliti semula struktur pembinaan bagi memastikan keselamatan sebelum projek terbabit diteruskan.

Terdahulu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata JBPM telah mengarahkan kepada pihak pengurusan projek itu untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan.

"Runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter," katanya.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA