fb fb fb fb fb

TDM teruskan usaha pencarian Prebet Muhammad Syafiq Hilmi

Foto Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

BALING, 29 Jun- Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi menyantuni keluarga Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim yang dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu semasa bertugas dalam Op Ukur di Limbang.

Menerusi kunjungannya di Baling, Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi memaklumkan status semasa operasi pencarian, kepada bapa Prebet Muhammad Syafiq Hilmi, Abdul Halim Abdul Kadir, 51 tahun.

Beliau menyatakan komitmen dan keyakinan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan sepenuh daya dan usaha akan meneruskan pencarian agar anaknya dapat kembali ke pangkuan keluarganya.

Operasi mencari dan menyelamat kini memasuki hari ke-12.

Dalam pada itu, keluarga Muhammad Syafiq menyerahkan sepenuhnya urusan pencarian anaknya kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia sambil memohon masyarakat mendoakan agar anaknya segera ditemui.

Pada 18 Jun lepas Muhammad Syafiq Hilmi yang merupakan anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak hilang ketika bertugas di Limbang bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

BERITA BERKAITAN:
Anggota tentera hilang ketika Op ukur sempadan di Limbang

ROSLINA BINTI DIN