TBC: Polis Terengganu kenal pasti 22 lokasi blackspot

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 16 Februari – 22 kawasan blackspot sering berlaku kemalangan telah dikenal pasti Polis Terengganu pada Op Selamat 25 sempena cuti Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis Terengganu kenal pasti 22 lokasi blackspot yang sering berlaku kemalangan semasa Op Selamat 25 TBC.
  • 23 lokasi lagi disenaraikan sebagai kawasan sering berlaku kesesakan pada cuti umum ini.
  • Jumlah penempatan anggota: 37 untuk hotspot dan 33 untuk setiap lokasi blackspot yang dikenal pasti.
  • 503 pegawai dan anggota akan melakukan rondaan; enam kesalahan utama tidak akan dikompromi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata 23 lokasi lagi disenaraikan sebagai kawasan sering berlaku kesesakan pada cuti umum kali ini.

Daripada jumlah blackspot berkenaan, tiga lokasi di daerah Kuala Terengganu iaitu Jalan Sungai Ikan Felda Belara, Jambatan Sultan Mahmud dan Jalan Gong Pak Jin Gong Dato.

Setiu pula, Jalan Kuala Terengganu Kampung Raja dekat Kampung Gong Batu dan Kampung Bari serta Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu di Kampung Sungai Tong.

Di Besut pula, Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu berhampiran Kampung Apal, Kampung Renek Simpang Tiga Jabi, Padang Luas Kampung Lak Lok dan Bukit Payong serta Kampung Pengkalan Kubur ke Kampung Tembila.

Bagi daerah Marang di Kampung Jambu Bongkok, Wakaf Dua Tun Telanai dn Batu 10 Binjai Rendah.

Menurut Datuk Mohd Khairi lagi, di Kemaman melibatkan Kilometer 120 hingga 130 Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Mak Lagam Cheneh.

Dungun, Jalan Kuala Terengganu Kuantan dekat Tanjung Jara dan Bukit Besi manakala Hulu Terengganu Jalan Gaung Kuala Ping Teris, Kampung Kepah serta kilometer 33 Tok Randok.

“Semua daerah seperti Kuala Terengganu dan Setiu dikenal pasti sebagai hotspot. Contohnya, di Kuala Terengganu terdapat lima lokasi yang dikenal pasti, dan tiga daripadanya merupakan hotspot utama di mana kita menempatkan anggota.

“Seperti yang saya sebutkan, bagi kawasan hotspot sahaja, kita menempatkan 37 anggota.

“Manakala bagi kawasan blackspot, kita menempatkan 33 anggota untuk setiap lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, sama ada kemalangan biasa atau yang melibatkan kematian,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Op Selamat sempena TBC di Plaza Tol Kuala Terengganu dekat Bukit Gemuruh.

Ke arah itu, 503 pegawai dan anggota akan melakukan rondaan dan pemantauan setiap masa bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan jalan raya yang boleh membawa maut.

Ia termasuk memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Pada Op selamat 23 TBC tahun lalu, 170 kes kemalangan direkdokan melibatkan satu kematian.

Manakala 7,739 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.