TBC 2026 : Sambutan meriah untuk pelancong di Senai

Para pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menerima sambutan meriah – Foto RTM

KULAI, 17 Februari – Suasana meriah menyambut kedatangan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan pelbagai pengisian sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sempena Tahun Baharu Cina dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Pelancong dari Ho Chi Minh disambut oleh maskot TMM 2026, tarian singa, limau mandarin dan kopi tempatan Johor.
  • Inisiatif bertujuan meningkatkan jumlah pelancong dan menjadikan Johor destinasi pelancongan utama dan unik.
  • Pelbagai program promosi termasuk Majestic Johor Festival dan tarikan baru seperti Muzium Tokoh.

Pelancong yang tiba dari Ho Chi Minh, Vietnam disambut mesra oleh maskot rasmi TMM 2026, “Wira” dan “Manja” selain persembahan tarian singa, penyerahan limau mandarin serta produk ikonik
Johor, iaitu kopi tempatan.

Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, usaha itu dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri tersebut.

Selain, menjadikan Johor destinasi pelancongan utama dan unik di persada antarabangsa.

“Program yang dianjurkan amat meriah dan menarik perhatian orang ramai termasuk kanak-kanak dan pelancong. ”

“Kita (kerajaan negeri) mengalu-alukan kedatangan pelancong di pintu-pintu masuk negeri dan telah merangka pelbagai program untuk menarik kehadiran mereka,” tambahnya ketika ditemui semasa sambutan Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Pelbagai program turut dilaksanakan bagi mempromosi Tahun Melawat Johor, antaranya Majestic Johor Festival dan tarikan baharu seperti Muzium Tokoh.