fb fb fb fb fb

Tarikh pembukaan sempadan negara diumum minggu depan

(Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada program Persidangan Dialisis Tahunan Ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) hari ini/BERNAMA)

PETALING JAYA, 5 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, minggu hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tarikh pembukaan sempadan telah dipersetujui Kabinet.

(Khairy Jamaluddin Abu Bakar hadir pada program Persidangan Dialisis Tahunan Ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia)

Pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri.

"Mesyuarat kabinet semalam sudah setuju, tinggal lagi Perdana Menteri hendak umum tarikh tersebut.

"Pengumuman itu penting sebab akan memberikan masa sedikit kepada syarikat-syarikat penerbangan, Jabatan Imigresen, industri perhotelan dan semua terlibat dalam sektor pelancongan dan pengembaraan untuk buat persediaan yang terbaik,” kata Khairy selepas merasmikan Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan di sini.

 

Media Baharu