NEW YORK, 21 Ogos - Menangani Islamophobia, antara isu utama yang dibancangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu UNGA.
Pada pertemuan yang berlangsung di Turkish House di sini, Presiden Erdogan memaklumkan kepada Anwar yang beliau bersetuju berkunjung ke Malaysia hujung tahun ini untuk membina kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara terutamanya dalam menangani isu Islamophobia.
"Kita bincang pertamanya tentu ada beberapa siri persidangan yang telah dianjurkan dan diteruskan, dan sekiranya dia hadir dalam kunjungan ke Malaysia.
"Antara isu yang akan ditekankan ialah usaha bagi mengadakan pertemuan lebih luas dalam kalangan rakan-rakan di Asia Tenggara (ASEAN) khususnya supaya ada kesepakatan antara negara untuk menangani isu Islamophobia.
Selain itu, pertemuan dua hala berkenaan turut menyentuh soal kerjasama perdagangan, pelaburan, pendidikan dan ketenteraan.
Selepas pertemuan dengan Erdogan, Perdana Menteri dijadualkan bertemu dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi, diikuti dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO RTM)