fb fb fb fb fb

Tandas awam, surau di Hentian Sebelah Setul ditutup bagi kerja naik taraf

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) menutup kemudahan tandas awam dan surau di Hentian Sebelah Setul bermula hari ini hingga 31 Oktober depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kemudahan di lokasi berkenaan.

LEKAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan kemudahan tandas dan surau awam di Kawasan Rehat & Rawat (RSA) Beranang (Arah Selatan/Seremban) atau stesen minyak berhampiran.

“Pihak LEKAS memohon maaf atas segala kesulitan dan kerjasama daripada pengguna lebuh raya amatlah kami hargai demi keselesaan pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan pengguna boleh menghubungi talian infoline LEKAS 1-800-888-021.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI