fb fb fb fb fb

Tanam terumbu karang pelihara, pulihara ekologi marin

(Tanggungjawab Sosial Korporat dengan kerjasama Ryco Hydraulic
Sdn Bhd itu melibatkan 40 kakitangan syarikat berkenaan)

LANGKAWI , 9 Oktober- Proses penanaman terumbu karang antara langkah terbaik dalam usaha memelihara dan memulihara ekologi marin di Pulau Langkawi.

Selain bertujuan mengekalkan status Geopark, ia berpotensi menjadi satu daya tarikan, dan habitat hidupan akuatik yang semakin terancam.

Ketua Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi UKM, Nik Mohd Noor Faizul Saad berkata, ia perlu dilaksanakan secara berterusan sebagai kesedaran terhadap kepentingan menjaga hidupan laut.

"Program ini dilihat sebagai satu program yang penting untuk memanifestasikan kesedaran alam sekitar, bukan sahaja dalam kalangan komuniti Langkawi, tetapi juga komuniti di luar Langkawi seperti kakitangan RYCO HydrauliC Sdn Bhd," kata Nik Mohd Noor di sini.

Tanggungjawab Sosial Korporat dengan kerjasama Ryco Hydraulic Sdn Bhd itu melibatkan 40 kakitangan syarikat berkenaan.

(Nik Mohd berkata Proses penanaman terumbu karang antara langkah terbaik dalam usaha
memelihara dan memulihara ekologi marin di Pulau Langkawi)

Media Baharu