fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Penduduk terkejut, namun bersyukur tiada kemalangan jiwa

Kejadian runtuhan cerun di Taman Melawati

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Seramai enam daripada 11 keluarga yang terjejas akibat insiden tanah runtuh di Taman Melawati ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia melibatkan 22 individu yang mendiami 16 kediaman berhampiran lokasi kejadian.

Rata-rata penduduk yang ditemui terkejut dengan kejadian tersebut, namun berasa syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Saya dengan isteri keluar bekerja, bila terima berita dan terkejut, sebab tidak tahu apa yang berlaku sampai kita balik, agak teruk, tetapi nasib baik tidak alami kemalangan serius", kata penduduk Yap Mun Meng.

"Kali pertama.. tetapi nasib baik tiada apa-apa, ini pengalaman juga, kita ingat tempat ini tiada kejadian seperti ini", kata penduduk Ng Xiang Yee Jamie.

Susulan insiden tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang meneliti dan melakukan kajian di sekitar lokasi kejadian bagi menentukan sama ada kawasan terbabit selamat atau sebaliknya.

ROSLINA BINTI DIN