fb fb fb fb fb

Tanah runtuh Miri: Seorang lagi masih hilang

Foto RTM

MIRI, 29 Januari- Seorang lagi mangsa masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri setakat ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata mangsa melibatkan wanita warga emas berusia 71 tahun.

"Mangsa kedua, wanita berusia 41 tahun ditemukan kira-kira 10.40 pagi.

"Mangsa ketiga, kanak-kanak berusia lapan tahun pula ditemukan sekitar pukul 11.30 pagi dan seorang lagi kanak-kanak berusia 11 tahun ditemukan tidak lama kemudian.

"Kesemua mereka disahkan meninggal dunia," katanya menerusi sidang media di sini.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 19 pegawai dan 85 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi penyelamat.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM