fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Jalan Ranau ke Sandakan ditutup sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan

(FOTO FB JKR SABAH)

RANAU, 30 Januari - Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan pagi tadi akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.

(Kerja-kerja pembersihan jalan di KM167.9, Hutan Simpan Taviu,
Ranau sedang dijalankan / FOTO FB JKR SABAH)

"Kejadian berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu, Ranau. Kejadian dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi.

"Pemeriksaan dan pemasangan Traffic Management Plan telah dilakukan di lokasi terlibat," kata JKR Sabah menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati di kawasan tersebut.

Jalan Ranau ke Sandakan merupakan antara jalan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Sabah melalui kaki Gunung Kinabalu.

Media Baharu