HULU TERENGGANU, 29 November- Dua remaja perempuan maut manakala seorang lagi selamat dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Jalan Bukit Apit, Ajil, di sini.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 5.00 petang tadi apabila rumah yang didiami oleh tiga beradik itu tertimbus akibat tanah runtuh.
Mangsa pertama, Uzair Azman, 17, ditemukan selamat dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira pukul 5.17 petang.
Sementara itu, Puteri Sajidah Azman, 16, dan Siti Fatimah Azman, 13, yang meninggal dunia di tempat kejadian, masing-masing ditemukan pada pukul 6.32 petang dan 6.59 petang.
Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.