fb fb fb fb fb

Tanah mendap: Enam van, sebuah lori gelongsor di Puchong

Kejadian tanah mendap di Puchong, Selangor, petang tadi

PUCHONG, 13 November- Enam buah van dan sebuah lori tergelongsor ke dalam mendapan tanah di Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.46 petang.

Seramai 10 anggota serta tiga buah jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi.

Pihaknya mendapati mendapan tanah di tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSH) sebaik tiba.

Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian itu.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bertugas bertindak memastikan sekitar kawasan dalam keadaan selamat dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada polis dan MBSJ di lokasi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA