fb fb fb fb fb

Tambang percuma sebulan kepada OKU - Wee Ka Siong

(Wee Ka Siong)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Tambang percuma selama sebulan ditawarkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kepada orang kurang upaya (OKU) bermula hari ini hingga 31 September.

Ia melibatkan semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapit Transit (BRT) dan Rapid Mobiliti.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong tawaran tersebut dijangka memberi manafaat kepada lebih 50,000 golongan OKU.

"Pengguna hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).

"Ataupun kad konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, mereka akan diberikan token khas untuk menikmati tambang percuma," katanya.

(Wee Ka Siong pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan kempen untuk OKU di Kuala Lumpur hari ini)

Beliau menyatakan demikian selepas meninjau aktiviti semarak Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan kempen untuk OKU, di sini hari ini.

Usaha merupakan inisiatif prihatin kerajaan Keluarga Malaysia yang cakna keperluan, kebajikan dan keselesaan OKU bagi mendapatkan khidmat pengangkutan awam.

Media Baharu