fb fb fb fb fb

Tambahan RM50 juta perluas program Jualan Rahmah

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Kerajaan memperuntukan tambahan RM50 juta bagi memperluaskan insiatif Jualan Rahmah ke seluruh negara sebagai usaha menoktahkan miskin tegar golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu akan diperluaskan dan dilaksanakan segera secara berperingkat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau menyifatkan insentif Jualan Rahmah sebagai program yang berjaya kerana menunjukkan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.

"Kerana kejayaan awalnya, kementerian ada mengusulkan supaya kalau boleh kita perluaskan (insentif program Rahmah) di setiap kawasan DUN.

"Jika sebelum ini jualan Rahmah hanya memberi tumpuan di beberapa setiap Parlimen satu Jualan Rahmah.

"Sekarang saya minta agar ia (Jualan Rahmah) diperluaskan di seluruh DUN supaya semua pihak terutamanya miskin tegar dapat mengecapi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

"Tentu ambil kos lebih, kalau tidak cukup saya akan bincang dengan Menteri Kewangan untuk cari wang tambahan.

"Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah. Tak ada makna bicara soal rahmah, tidak ada makna bicara soal perjuangan, tiada erti bicara soal kasih sayang, ihsan dan prihatin kalau soal makanan mereka (golongan berpendapatan rendah) tidak terjamin," katanya.



Pada April lalu, media melaporkan Perdana Menteri bertekad untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar yang didapati masih membelenggu golongan rakyat tertentu di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam Belanjawan Madani mencatatkan seramai 130,000 keluarga miskin tegar pada tahun ini.

"Saya mesti noktahkan dan mahu sasarkan rekod memberikan keperluan asas untuk komuniti miskini ini.

"Lagipun, program ini mendapat sambutan baik sama ada di bandar mahupun luar bandar," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 di sini, hari ini.


ARTIKEL BERKAITAN:
Dua juta penduduk telah menerima manfaat Jualan Rahmah
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh - Anwar
Harap pengganti teruskan inisiatif Payung Rahmah - TPM Ahmad Zahid
Program Jualan Rahmah Bergerak akan diperluaskan - Salahuddin
'Kami orang biasa hanya mampu beli barang murah', mahu Jualan Rahmah Bergerak diteruskan
Jualan Rahmah Bergerak bantu rakyat secara bersasar - Fuziah


 

Media Baharu