fb fb fb fb fb

Tambah baik internet di Kg Orang Asli Kerling, MCMC sediakan POC Starlink

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil inisiatif menyediakan Proof of Concept (POC) Starlink dalam usaha menambah baik kemudahan internet di perkampungan Orang Asli Kerling, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Usaha itu sebagai alternatif kepada gentian optik bagi memenuhi keperluan kepada perkhidmatan telekomunikasi di kawasan berkenaan.

Sambungan tersebut akan mula diaktifkan bermula 8 Mei depan, dengan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi daripada tiga syarikat telco utama iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

MCMC menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa penyediaan POC tersebut dijangka akan memudahkan urusan harian
penduduk bagi tujuan komunikasi, pendidikan dan lain-lain.

"Pemasangan tersebut akan menjadi sambungan teras kepada menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) memandangkan liputan menara berkenaan belum boleh diaktifkan lagi dan kini dalam prosessambungan rangkaian gentian optik ke menara."

"Walau bagaimanapun, sambungan rangkaian optik ini dijangka siap pada suku pertama tahunhadapan dan akan memberi manfaat kepadalebih 250 orang masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tinjauan telah dilakukan pihak MCMC yang diketuai Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Selangor, Bukhari Yahya, bagi melihat kemajuan pelaksanaan di menara berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM