fb fb fb fb fb

Taman Mini Sigua, tarikan pelancongan baharu di Sungai Melaka

Antara tarikan pelancongan di Melaka

PENGKALAN RAMA, 13 Jun- Taman Mini Sigua di Sungai Melaka telah siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, tarikan pelancongan baharu itu disediakan secara berpakej bersama perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC).

Antara tarikan produk pelancongan baharu itu adalah rumah terbalik dua tingkat, helikopter simulasi, permainan realiti maya (VR) serta pelbagai pilihan permainan kanak-kanak.

"Taman Mini Melaka yang berada di hadapan panggung bangsawan akan dibuka dalam waktu terdekat. Jadi, tarikan di Taman Mini Sungai Melaka ini ada rumah terbalik dua tingkat yang berkonsepkan moden", katanya kepada pemberita di sini.

Pembangunan taman tersebut yang bernilai RM8 juta merupakan penjenamaan semula daripada Taman Lanun atau ‘Pirate Park’ di Jalan Tun Ali, Kampung Bunga Paya Pantai yang telah ditutup.

ROSLINA BINTI DIN