fb fb fb fb fb

Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 sasar tarik lapan juta pelancong domestik

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon (tiga, kanan) pada sidang media Pameran Pelancongan MAH

SUBANG, 14 Mac- Seramai lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa disasarkan sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Selain usaha mempromosi lokasi tarikan pelancong, penambahbaikan infrastruktur turut dititik berat, termasuk jaringan pengangkutan air dan darat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berharap, kedudukan strategik negeri itu akan turut memberi manfaat dalam menggalakkan kehadiran pelancong.

"KLIA lebih dekat dengan Seremban berbanding KL dan kami ada pelabuhan. Kami juga akan tambah satu lagi pelabuhan di Pasir Panjang yang sudah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan.

"Kementerian Pengangkutan juga telah meluluskan projek RM17 juta untuk buat penambahbaikan Seremban Sentral, jadi daripada segi perhubungan, Negeri Sembilan paling bagus cuma promosi kurang,"katanya.

Beliau bercakap pada sidang media sempena Pameran Pelancongan MAH di Subang, Selangor.

Kali terakhir tahun melawat Negeri Sembilan dianjurkan adalah pada 1999.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE