fb fb fb fb fb

Tahap kesihatan Anwar sangat baik - Pengarah Hospital Serdang

Foto BERNAMA

SERDANG, 21 Jun – Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan yang sangat baik.

Menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid, keputusan itu berdasarkan hasil pemeriksaan kesihatan tahunan yang dilakukan Datuk Seri Anwar di hospital berkenaan hari ini.

"Alhamdulillah, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan yang sangat baik.

“Beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pemeriksaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia dalam menerajui pentadbiran negara, serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ