fb fb fb fb fb

Tahap kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 25 November- Tahap Kesihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertambah baik dan akan memulakan tugas dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sempat menziarahi Ahmad Zahid sebelum menghadiri Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD)@Putrajaya 2023 yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi.

"Alhamdulilah timbalan perdana menteri kita bertambah sihat. Saya sempat meluangkan masa bersama beliau selama sejam dirumahnya tadi dan dan insya-Allah beliau akan kembali memulakan tugasnya sedikit masa lagi," kata Anwar kepada pemberita di sini.

Khamis lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bahawa beliau dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan pada 16 November lepas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM