fb fb fb fb fb

Tahap keselamatan perairan negara sentiasa diberi keutamaan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 November - Tahap keselamatan kawasan perairan negara sentiasa diberi keutamaan khususnya dalam isu melibatkan nelayan Malaysia dan agensi penguatkuasaan Indonesia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata ini termasuk dalam menyelesaikan kes penangkapan bot nelayan Malaysia di kawasan perairan bertindih oleh agensi penguatkuasa negara jiran itu.

"Dasar Luar Malaysia sentiasa mengamalkan konsep yang mengutamakan kedaulatan dan kepentingan negara. Kerajaan melalui agensi berkaitan dan agensi penguatkuasa sentiasa mengawasi dan memantau perairan negara untuk memastikan ia tidak diceroboh agensi penguatkuasa asing serta melindungi kepentingan nelayan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Dr. Zambry, Kementerian juga sentiasa komited memelihara kepentingan dan kedaulatan negara dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ini menerusi mekanisme sedia ada antara Malaysia-Indonesia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN