fb fb fb fb fb

Tahap keselamatan ICT perlu diperkukuh peringkat negeri

Majlis Keselamatan Negara cadang tahap keselamatan ICT di peringkat pentadbiran negeri diperkukuh/REUTERS

KUALA NERUS, 2 Oktober - Langkah kerajaan persekutuan memperkukuhkan tahap keselamatan Firewall Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) negara, perlu dilaksanakan di peringkat pentadbiran negeri.

Timbalan Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara Hamzah Ishak berkata, langkah tersebut melibatkan jabatan dan agensi-agensi dibawahnya dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
 
Ini termasuk menangani ancaman terbaharu siber melibatkan penggunaan teknologi Kecergasan Buatan (AI) yang kian menular di media sosial.
 
Menurutnya, langkah itu disarankan bagi mengelak sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan mana-mana sektor berkepentingan.
 
"Setiap benda itu memerlukan kos. Dari segi keselamatan negara, biarlah melabur awal, daripada berlaku insiden firewall. Kos lebih tinggi jika berlakunya kerosakan dan kehilangan maklumat, harta benda dan sebagainya. Kita kena bijaksana maknanya kos itu biarlah sepadan dengan teknologi."
 
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penutupan Program Eksekutif Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, AI Manfaat atau Ancaman di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Datuk Razali Ismail, Batu Rakit di sini.
 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ