fb fb fb fb fb

Tabung Kasih Johor-Palestin serah sumbangan RM2.5 juta untuk rakyat Palestin

Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 8 September- Kerajaan Negeri Johor menyerahkan sumbangan sebanyak RM2.5 juta melalui Tabung Kasih Johor-Palestin, semalam.

Sumbangan akan disalurkan bagi keperluan kemanusiaan dan pembangunan penduduk di Palestin.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyerahkan sumbangan tersebut kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, semalam.

Sumbangan disampaikan selepas Solat Maghrib dan Solat Hajat bersama Pasukan Bola Sepak kebangsaan serta dan Palestin di Masjid Sultan Abu Bakar.

"Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi baginda bagi membantu rakyat Palestin," kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook.

Pogram Solidariti Bangsa Johor bersama Palestin yang dilaksana sejak 2023 setakat ini berjaya mengumpul RM7.5 juta
 

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN