fb fb fb fb fb

Tabung Haji perlu sokongan kerajaan negeri untuk tingkatkan peratusan pendeposit

Delegasi Pejabat Wilayah Tabung haji Sabah dan Sarawak melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUCHING 28 Mac- Pejabat Wilayah Tabung haji Sabah dan Sarawak mohon kerjasama kerajaan negeri untuk menyokong aspirasi menjadikan semua populasi umat Islam di Sarawak untuk menjadi pendepositnya.

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said memberitahu setakat ini hanya 40 peratus atau 325,000 orang daripada populasi umat Islam di Sarawak sudah menjadi pendeposit.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kuching hari ini.

Ke arah itu katanya, Tabung Haji memerlukan sokongan dari kerajaan negeri untuk mencapai aspirasi tersebut.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Tabung Haji akan Kursus Perdana Haji akan diadakan pada 27 dan 28 April ini di Universiti Malaysia Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE