KUALA LUMPUR, 1 Mac- Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menggesa syarikat media sosial dan penyedia perkhidmatan komunikasi untuk mengetatkan garis panduan demi memelihara keselamatan pengguna terutama golongan wanita.
Hal ini kerana, golongan tersebut kerap berhadapan beberapa isu gangguan dan penipuan dalam talian serta seksisme.
"Mungkin ada tempat yang kami terlepas pandang, mungkin ada situasi di mana walaupun kita hantar aduan kepada 'platform provider' tetapi mereka rasa bahawa itu tidak berunsur gangguan jadi memang masalah ini masih wujud,"katanya
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum '#InvestInWomen-Inclusivity and Empowerment in the Digital Space' di ibu negara.
Terdahulu, sehingga 15 Februari 2024 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui kerjasama syarikat penyedia platform media sosial telah memadam 8,071 video tiktok yang melanggari undang-undang komuniti.