fb fb fb fb fb

Syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan di Nusantara

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Ton

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Ke arah usaha meneroka potensi pelaburan dan pelaburan bersama bagi syarikat-syarikat Malaysia di Nusantara, kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menerajui perbincangan dua hala semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Republik Indonesia pada Januari lalu.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Ton berkata kementerian turut menyerahkan 10 surat niat daripada syarikat-syarikat Malaysia yang berminat untuk terlibat dalam pembangunan Nusantara kepada pihak Kerajaan Indonesia.

Ia melibatkan bidang elektrik dan elektronik, automotif dan pembuatan produk pembinaan.

"Selain daripada kerjasama-kerjasama perdagangan tersebut, dari sudut pandang kerjasama ekonomi, Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA), merupakan satu platform kerjasama subserantau yang ditubuhkan pada tahun 1994 meliputi wilayah Brunei Darussalam, empat  buah wilayah di Indonesia iaitu Sulawesi, Kalimantan, Maluku dan Irian Jaya, dua buah negeri di Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak dan dua  buah wilayah di Filipina iaitu Mindanao dan Palawan.

"Melalui MITI Malaysia juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia mengenai Kerjasama Promosi Pelaburan dengan Republik Indonesia pada 8 Jun 2023", katanya di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan dibangkitkan Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.

ROSLINA BINTI DIN