ALOR SETAR, 17 Disember- Penduduk terjejas banjir di Kedah terus dibantu oleh pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan golongan belia.
Sebuah syarikat penghantaran dari Pulau Pinang menghantar satu kontena barangan keperluan asas menerusi Misi Bantuan Bencana Banjir.
Pengurus Operasi PEN Express Worldwide (M) Sdn Bhd Muhamad Khuhazry Khuzaimi menerusi kenyataan berkata, selain tanggungjawab sosial koporat (CSR), misi tersebut sekali gus menyahut seruan Perdana Menteri meminta syarikat swasta mengerakkan dana dan jentera membantu penduduk terjejas.
“Bantuan ini diharapkan mampu memberi sedikit kelegaan kepada mangsa banjir yang memerlukan.
"Misi ini adalah bukti bahawa perpaduan rakyat Malaysia mampu mengatasi apa jua cabaran dan sebagai syarikat swasta kami menyahut seruan Perdana Menteri dan kerajaan untuk menggerakkan dana dan jentera syarikat demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia amnya penduduk di negeri Kedah" katanya
Bantuan seperti barangan keperluan asas seperti beras, sardin, roti, gula dihantar ke Kuala Nerang, Pokok Sena, Anak Bukit dan Gunung Keriang.
Misi tersebut turut mendapat kerjasama Kelab Pemilik Proton Persona dan Santai Anak Utara serta usahawan makanan tempatan.