JOHOR BAHRU, 17 Mei - Pasangan suami isteri yang juga alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Eswaran Mohan dan Renuga Nair, tersenarai dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2025.
Menurut Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan syarikat milik mereka dalam bidang teknologi kandungan digital.
Syarikat berpusat di Selangor itu diasaskan pasangan berkenaan pada 2018 ketika masih menuntut di UTM, masing-masing dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Sains.
Kini, syarikat mereka menjadi antara peneraju di rantau ini dalam bidang realiti terimbuh (AR) dan kandungan digital imersif.
Pencapaian itu turut meletakkan mereka sebaris dengan alumni UTM lain, termasuk pengasas RunCloud, Arif Thukiman, yang pernah tersenarai dalam Forbes pada 2020.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan UTM melahirkan graduan yang kompetitif dan bersedia bersaing di peringkat global.