fb fb fb fb fb

SWM Environment promosikan pelbagai program sempena Hari Kebangsaan 2022

MELAKA, 18 Ogos- Bersempena dengan Hari Kebangsaan tahun ini, SWM Environment mengadakan pelbagai program kebersihan bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan.

Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Noorlisam Mohd Nordin berkata, di Melaka, pihaknya akan menjelajah di tujuh lokasi yang melibatkan sekolah, universiti dan kawasan pelancongan di negeri itu bagi mempromosikan penjagaan kebersihan selain aktiviti kibaran Jalur Gemilang yang dipasang di jentera mereka.

 
(Pengurus Besar Korporat SWM Environment  Mohd Noorlisam Mohd Nordin)

"Jadi antara pengisian yang kita telah rancang menerusi jelajah kemerdekaan kali ini adalah program sesi taklimat pendidikan ataupun kesedaran awam tentang kebersihan dan juga Program Kitar Semula yang dilaksanakan oleh SWM Environment.

"Kita juga melaksanakan kutipan barang-barang terpakai dan mengadakan ceramah kemerdekaan serta mengadakan aktiviti bergotong royong dan menandatangani placard khas jelajah merdeka dan juga sesi penghargaan rakan aktif kitar semula," katanya selepas merasmikan program Jelajah Merdeka SWM Environment Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan ke – 65 di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam, di sini.

Katanya, pelbagai pengisian di rangka syarikat konsesi itu di setiap lokasi jelajah mereka.

Mengulas lanjut katanya, beliau turut menyasarkan peningkatan sebanyak 20 ke 30 peratus bagi kutipan kitar semula menerusi program ini berbanding kutipan di hari biasa.

Media Baharu