fb fb fb fb fb

SWCorp, JAWI bekerjasama perluas program kebersihan masjid, surau

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menyaksikan pertukaran
memorandum persefahaman antara SWCorp dengan JAWI/ Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 7 April - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi memperluas program kebersihan di 854 masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan.

Kerjasama itu buat julang kali dijalin menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif kebersihan berteraskan konsep 'Jihad Terhadap Kekotoran dan Pembaziran Makanan'

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata program tandas masjid dan surau bersih, menawan dan wangi (BMW) serta pembinaan Drive Thru Recycling Centre (DRTC) di kawasan masjid antara yang akan dilaksana.

Selain itu, sekolah-sekolah seliaan JAWI juga akan dilibatkan dalam aktiviti dan pertandingan kitar semula, inisiatif pejabat dan premis JAWI Sifar Sisa dan perkongsian ilmu mengimarahkan alam sekitar dalam kursus pra- perkahwinan antara yang dirancang.

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar pada sidang media selepas majlis menandatangani
memorandum persefahaman antara SWCorp dengan JAWI/ Foto BERNAMA)

"Usaha murni ini bukan sahaja menjalin kerjasama bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi adalah satu usaha menunjukkan Kerajaan Perpaduan amat komited untuk melaksana segala dasar yang kita rancang, kami menganjurkan ceramah, kami memastikan supaya Malaysia bersih dan indah bakal menjadi realiti,"

Beliau ditemui media selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut yang turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Nai'm Mokhtar, di sini hari ini.

MOU ditandatangani Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Media Baharu