fb fb fb fb fb

Suspek tembak KLIA disambung reman

Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 22 April- Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan tempoh tahanan reman suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 April lalu disambung selama lima hari lagi.

Majistret, Ahmad Syafiq Aizat Nazri membenarkan tempoh sambungan reman bermula esok hingga 27 April ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini, Majistret, Rais Imran Hamid mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap Hafizul Hawari bermula 16 April sehingga hari ini.

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu pada pukul 8.35 pagi tadi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan itu telah ditahan bersama-sama dengan pistol di hadapan sebuah hospital di Jalan Bayam, Kelantan.

Artikel Berkaitan:
Tiada unsur lain, isu peribadi motif tembakan di KLIA - Pengarah JSJ
Suspek lepas tembakan di KLIA direman tujuh hari
Langkah keselamatan KLIA dipertingkatkan, elak kejadian berulang
Kes tembak di KLIA: Polis Perlis, Kedah tingkat kawalan di sempadan
Kes tembak di KLIA 1, pengawal peribadi cedera parah

 

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM