KUALA LUMPUR, 29 Disember- Urusan jenazah wartawan hiburan, Siti Nor Haffiza Kamarudin atau Fiza Kamarudin, 40, yang meninggal dunia semalam di Hospital Charing, London turut dibantu oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom.
Perkembangan tersebut dikongsi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi Facebooknya, sebentar tadi.
Beliau memaklumkan suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli ketika ini sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan urusan mendaftar kematian.
"Sementara menunggu, insya-Allah saya cuba membantu urusan Roshdi dan dua anaknya. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK juga sedang membantu urusan yang berkenaan.
"Kita sama-sama doakan supaya segala urusan ini dipermudahkan," katanya.
Fahmi menghubungi Mohd Roshdi petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai urusan jenazah Fiza Kamarudin.
ARTIKEL BERKAITAN
Fiza Kamarudin meninggal dunia akibat pendarahan otak
Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin meninggal dunia
Sumbangan buat Fiza Kamarudin akan disalur segera - Fahmi
Wartawan hiburan kritikal di London, tabung kecemasan ditubuhkan