fb fb fb fb fb

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pantau protes susulan kejadian di Southport

Penunjuk perasaan ditahan di Nottingham, tengah England, pada 3 Ogos 2024 semasa demonstrasi 'Enough is Enough' yang diadakan sebagai reaksi terhadap tikaman maut di Southport pada 29 Julai / AFP

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Kementerian Luar Negeri (KLN), melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang memantau rapat siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan susulan kejadian tikaman di Southport pada 29 Julai lalu.

KLN menerusi siaran media mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke negara tersebut untuk menjauhi kawasan terlibat selain berwaspada.

Mereka juga dinasihatkan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagi mereka yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya di London, amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya.

Penunjuk perasaan ditahan di Nottingham, tengah England, pada 3 Ogos 2024 semasa demonstrasi 'Enough is Enough' yang diadakan sebagai reaksi terhadap tikaman maut di Southport pada 29 Julai

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE