fb fb fb fb fb

Surau Az Zakirin anjur pertandingan laungan azan, manfaat cuti sekolah

Peserta pertandingan laungan azan yang dianjurkan Surau Az Zakirin di Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 17 Februari- Seramai 16 kanak-kanak menyertai pertandingan laungan azan yang dianjurkan Surau Az Zakirin, Kampung Penarak, di sini, Kedah, hari ini.

Mohammad Airil Haikal Hafizal, 13, dinobat selaku johan dan membawa pulang wang tunai RM150, piala serta hadiah sampingan.

Hadiah disampaikan oleh Imam Masjid Al-Hana Kuah, Mohd Dzaher Saad.

Pengerusi program, Marzuki Ibrahim berkata, para peserta diberi kursus asas laungan azan selama lima hari sebelum menyertai pertandingan.

Kesemua peserta berusia lapan hingga 16 tahun itu adalah terdiri daripada anak kariah Surau Az Zakirin.

Ujar beliau, pertandingan tersebut dianjurkan bagi memanfaatkan musim cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah.

Sehubungan itu, program yang pertama kali dianjurkan berkenaan akan dijadikan acara tahunan bagi surau terbabit.

SITI AISHAH BINTI MD ISA