KUALA LUMPUR, 18 Mac -Platform 'SumberKU' menjadi antara strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid secara digital.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia selaras dengan hasrat KPM dalam terus memperkasakan pendidikan negara
"KPM telah menyediakan sebuah platform repositori yang dikenali sebagai SumberKU yang boleh diakses melalui pelantar DELIMa.
"SumberKU mendokumentasikan segala Strategi Pengukuhan dan Pengayaan, Pemugaran Literasi dan Numerasi, Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah serta menyediakan bahan sokongan pengukuhan dan pengayaan bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah", katanya demikian bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan wakil Baling.
Dalam masa sama, satu pasukan petugas khas intervensi kurikulum turut ditubuhkan KPM dalam menangani isu-isu berbangkit bagi memastikan kurikulum yang digubal relevan dengan keperluan semasa
Jelas Kah Woh, Modul Bimbingan (MOBIM) dalam bidang sains, matematik dan bahasa juga turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk membantu guru memahami kurikulum sekali gus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan