fb fb fb fb fb

Sumbangan limau mandarin untuk masyarakat Cina Indera Kayangan

Gan Ay Ling mengagihkan buah limau dan sampul 'angpow' kepada masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan

KANGAR, 28 Januari- Masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan menerima sumbangan buah limau mandarin sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut bulan depan.

Sebanyak 40 kotak buah limau dan 30,000 sampul 'angpow' telah diagih bertujuan memperkukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di kawasan Indera Kayangan.

Menurut ADUN Indera Kayangan Gan Ay Ling, masyarakat berbilang kaum perlu bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di negara ini dimana semua kaum bebas meraikan perayaan masing-masing dan saling kunjung mengunjung dalam konteks masyarakat majmuk.

"Program sebegini dilaksanakan setiap kali Tahun Baharu Cina bagi memberi kegembiraan kepada setiap keluarga yang meraikan," Gan Ay Lin bercakap kepada pemberita dalam Program Sumbangan Limau Mandarin dan Angpow Tahun Baharu Cina, di sini.

Seramai lebih 5,000 masyarakat Cina di DUN Indera Kayangan bakal meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama keluarga dan sahabat handai.

TETITIA YUSOFF