fb fb fb fb fb

Sumbangan khas petugas agama RM600, bayaran mulai Isnin

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 April- Pembayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada para imam, bilal, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan guru takmir akan dibuat selewat-lewatnya Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata, hal ini diputuskan setelah perbincangan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kementerian Kewangan, baru-baru ini.

"Kami sentiasa menghargai jasa dan bakti para murabbi ummah yang telah mendidik masyarakat.

"Penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Sumbangan khas itu akan memanfaatkan 70,000 individu dengan peruntukan lebih RM40 juta," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu