fb fb fb fb fb

Sultan Terengganu berkenan terima menghadap PM

KUALA TERENGGANU, 12 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Terengganu bagi mengadakan lawatan kerja melibatkan beberapa perkara yang berkaitan.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima menghadap Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

Kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat masuk ke perkarangan Istana Syarqiyyah pada pukul 10.27 pagi dan meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.

Sesi menghadap Sultan Mizan itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lepas.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Istana
Syarqiyyah selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari
ini / FOTO BERNAMA

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Media Baharu