fb fb fb fb fb

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat tunaikan haji

(Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin
berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji/BERNAMA)

SEPANG, 20 Jun- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  berangkat menunaikan ibadah haji hari ini.

Baginda dan permaisuri berlepas dari Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul  3.00 petang dengan menaiki pesawat khas terus ke Madinah.

Ketibaan baginda berdua  di kompleks berkenaan kira kira pukul 12.20 diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari. 

Turut mengiringi baginda ke tanah suci Mufti Negeri Selangor Datuk Setia Anhar Opir, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Abdul Karim Maaseng, Juruiring Tentera Kepada Sultan Selangor Datuk Ahmad Ramli Karli dan beberapa pegawai istana. 

Baginda berdua dijangka kembali ke tanah air pada 4 Julai.

(Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menaiki pesawat khas yang berlepas
dari Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 3.00 petang/BERNAMA)

Media Baharu