SHAH ALAM, 30 Oktober- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menyerahkan watikah pelantikan kepada 17 penerima dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Lantikan bagi anggota perundangan melibatkan Ketua Hakim Syarie Nenney Shuhaidah Shamsuddin, Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor Datuk Mohd Radzi Abd Latif dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor Salwani Khalid
Istiadat hari ini turut menyaksikan pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor yang dikurniakan kepada Muhammad Amir Firdaus Sidin, Mohd Amir Yahaya, Norul Aina Bahari dan Ahmad Faizul Ashar.
Turut dilantik ialah Norhazli Rahim sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan pelantikan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah kepada Nurun Nabilah Ahmad Jaril, Mohamad Nasrin Kasnan, Nur Hani Athirah Zainal Bahari dan Nur Kamilah Mohamad Soleh.
Ketua Pendaftar serta Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk masing-masing dikurniakan kepada Mohd Raizalani Mohd Rais dan Mohammad Azli Ab Rahman.
Pelantikan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula dikurniakan kepada Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkuat kuasa mulai 16 Julai lepas menggantikan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar selain turut menerima watikah sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi sesi 2024-2026.
Pada istiadat tersebut, watikah pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dikurniakan kepada Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed dan Mohamed Izam Mohamed Yusof.
Turut hadir dalam istiadat ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Agama Islam Dr Mohd Fahmi Ngah.
Kesemua perlantikan ini dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.