fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan berjumlah RM38 juta

Penyerahan zakat perniagaan di Masjid Setia Alam

SETIA ALAM, 4 April- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah hampir RM38 juta.

Syarikat berkenaan ialah Lembaga Tabung Haji (TH), Tenaga Nasional Berhad (TNB), CIMB Islamic Bank, KDEB Waste Management , UMW Corporation Sdn. Bhd. dan KMF Network.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda seterusnya berkenaan merasmikan Masjid Setia Alam berkeluasan lima ekar dalam Majlis Perasmian Masjid dan Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama-sama  Rakyat Serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya di masjid berkenaan.

Peruntukan itu diperolehi daripada kerajaan negeri sebanyak RM14 juta dan dana wakaf berjumlah RM3.4 juta.

Masjid berkenaan mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Dalam majlis berkenaan baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 468 penerima sumbangan dari daerah Petaling dengan peruntukan keseluruhan berjumlah  RM234,000.

Masing-masing 146 asnaf fakir, 270 asnaf miskin dan 52 orang saudara baharu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI