fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan rasmi Kompleks Lakepoint

Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail

SHAH ALAM, 20 April - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan merasmikan Kompleks Lakepoint di Setia AlamImpian, di sini.

Kompleks itu merangkumi sebahagian dari perbandaran Setia AlamImpian yang dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 hingga 12,000 pengunjung setiap bulan.

Keberangkatan tiba baginda sekitar pukul 10.15 pagi diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut Pengerusi SP Setia Berhad Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dalam ucapannya, sejak Kompleks Lakepoint dibuka kepada orang ramai pada Ogos tahun lalu pihaknya menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

"Kompleks ini merangkumi Lakepoint Central (pusat runcit), Lakepoint Club (rumah kelab) serta Lakepoint Gallerie (galeri jualan dan pejabat)," kata Syed Anwar ketika sembah ucapan pada majlis perasmian Kompleks Lakepoint di Setia AlamImpian, di sini.

Katanya, Lakepoint Central merangkumi kawasan ruang runcit yang boleh disewa bersih seluas 2,604 meter persegi.

Lakepoint Club pula menawarkan kemudahan rekreasi termasuk empat gelanggang badminton, gelanggang futsal, kolam renang infiniti bersaiz Olimpik, sauna, studio tarian, dan gim yang menghadap ke Lakepoint Park serta dewan besar yang boleh memuatkan 1,000 orang.

TETITIA YUSOFF