fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berangkat ke Majlis Doa Selamat sempena Hari Pahlawan

Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor berkenan mengaminkan doa pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan Peringkat Selangor 2025 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong/ BERNAMA

SHAH ALAM, 25 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, bersempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2025.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bacaan Yasin dan doa selamat itu dipimpin oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan disertai oleh pegawai serta anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Selangor.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah khas sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor bertajuk 'Pahlawan Sejati'.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati jasa anggota pasukan keselamatan yang telah berbakti mempertahankan negara.

ROSLINA BINTI DIN